Trending

Tiga import tempatan bakal sarung jersi KC FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Tiga bintang import tempatan bakal memperkuatkan jentera Kuching City FC (KC FC) bagi menghadapi kempen Liga Premier 2022.

Dua daripada mereka pernah beraksi dalam kancah Liga Super, manakala seorang lagi merupakan pemain dari salah sebuah kelab di Liga Premier.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC Iswandi Ali Hassan memberitahu, kesemua tiga pemain terbabit berminat untuk menyertai KC FC pada musim depan.

“Mereka akan tiba di Kuching untuk menyertai kem latihan bersama pemain lain pada 20 Disember nanti,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil enggan mendedah secara terperinci identiti tiga pemain terbabit, Iswandi pada masa sama mengakui ayam tambatan baharu The City Boys itu beraksi di posisi penyerang dan pertahanan.

KC FC menamatkan saingan kempen Liga Premier 2021 ditangga kelima dengan menggumpul 27 mata, mencatat tujuh kemenangan dan enam seri selepas mengharungi 20 perlawanan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru