ARTIKEL

LAWAT... Dr Noormi (tengah) bersama-sama Dr Veronica Lugah (kiri) melawat salah satu reruai Program bulan kesedaran kanser mulut peringkat kebangsaan 2024 di pusat beli-belah Summer.

Tiga kampung di Sarawak terlibat projek rintis MeMoSa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tiga kampung di Sarawak iaitu Kampung Peros (Bau), Kampung Pasir Hulu (Lundu), dan Kampung Entangor (Sebuyau) terlibat dalam projek rintis Mobile Mouth Screening Anywhere (MeMoSA).

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian (KKM) Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, aplikasi telefon bimbit untuk saringan kanser yang dilaksanakan oleh Kajian Kanser Malaysia (CRMy) bertujuan meningkatkan jangkauan pengesanan awal lesi mulut.

LANCAR… Dr Noormi (tengah) bersedia untuk melancarkan aplilasi MeMoSa pada program bulan kesedaran kanser mulut peringkat kebangsaan 2024 di pusat beli-belah Summer.

Di samping itu katanya, meningkatkan kebolehcapaian pengesanan kanser mulut dalam kalangan komuniti terpencil dengan penggunaan kesihatan digital.

“Teknologi yang dibangunkan ini diharap dapat meningkatkan pencapaian 30 peratus pengesanan awal kanser mulut di Tahap 1 yang mana ia merupakan sasaran Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2022-2030.

“Projek rintis ini melibatkan tiga buah kampung sejak ia dimulakan pada 6 Disember 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dibacakan oleh Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM Dr Noormi Othman pada Majlis perasmian penutupan bulan kesedaran kanser mulut peringkat kebangsaan 2024 di pusat beli-belah Summer, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap program tersebut dapat meningkatkan pemahaman serta menangani halangan semasa pelaksanaan projek agar ia dapat diperluaskan dengan skala lebih besar penglibatan badan bukan kerajaan.

“Misalnya seperti Yayasan Petronas, Yayasan Sime Derby dan Akademi Sains Malaysia dalam projek ini juga menunjukkan kolaborasi awam dan swasta yang diharapkan berpanjangan bagi memastikan Malaysia membina asas negara digital sekali gus mendepani landskap yang sentiasa berubah,” katanya.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU