ARTIKEL

Tiga kawasan Dun dapat bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Parlimen Mukah menerima 15,300 bakul makanan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan SarawaK), Datuk Hanifah Hajar Taib.

Simbolik penyerahan bantuan itu disaksikan oleh Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir daripada Rosli Sopok yang mewakili Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah.

Bakul makanan ini akan diagihkan kepada penduduk di tiga kawasan Dun iaitu Dalat, Tellian dan Balingian di Mukah.

“Setiap bakul makanan ini mengandungi beras, biskut, mi segera, mihun, gula, garam, kopi, teh dan tin sardin yang bernilai keseluruhan RM50,” ujarnya.

Menurutnya lagi, jumlah keseluruhan nilai bantuan bakul makanan tersebut melebihi peruntukan untuk setiap kawasan parlimen.

Bakul makanan itu akan diagihkan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua masyarakat, ketua kaum, tuai rumah atau kapitan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Rosli berkata, jumlah keseluruhan dana digunakan ialah RM765,000 berbanding peruntukan RM300,000 yang dikhaskan untuk setiap kawasan Parlimen kerana tambahan RM465,00 ialah peruntukan bencana Parlimen Mukah.

“Pengagihan bermula semalam dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, bergantung kepada bekalan yang tiba serta lokasi sesebuah tempat.

Jadi, penduduk diharap bersabar,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

BERITA TERBARU