ARTIKEL

Tiga kawasan luar pesisir Sarawak ditemui sebagai medan baharu minyak dan gas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP) HK Offshore Limited (PTTEP HKO) dan PTTEP Sarawak Oil Limited (PTTEP SKO) telah membuat penemuan minyak dan gas baharu di tiga lapangan luar pesisir Sarawak.

Ia termasuk penerokaan telaga Chenda-1 di blok SK405B, Bangsawan-1 dan Babadon-1 penerokaan telaga di blok SK438.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTEP Montri Rawanchaikul berkata, lokasi yang diteroka ini juga terletak di kawasan bersebelahan dengan tempat yang pernah juga ditemui oleh syarikat ini.

“Malaysia memegang kedudukan terkemuka dalam kawasan pelaburan strategik kami dan membuktikan kejayaan penemuan minyak dan gas di kawasan luar pesisir secara berterusan.

“Sehubungan itu, PTTEP merancang untuk mempercepatkan pembangunan lokasi ini dalam model kluster dengan memberi sinergi kemudahan dan peralatan pengeluaran.

“Hal ini bagi membolehkan pembangunan dan pengeluaran yang cepat dan cekap, sambil menyumbang kepada pertumbuhan syarikat sejajar dengan pelan strategik kami,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, penemuan gas dan minyak tersebut terbukti berkualiti tinggi, terutamanya Babadon-1 menunjukkan takungan batu pasir gas manis yang banyak dengan ketebalan sehingga 200 meter.

Untuk rekod, PTTEP berjaya menghasilkan penemuan minyak dan gas yang luar biasa berturut-turut di luar pesisir Malaysia, satu daripadanya menandakan potensi petroleum yang besar yang telah diterokai oleh syarikat tersebut di negara ini.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta