ARTIKEL

Tiga kawasan penternakan babi baharu dibangunkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak membangunkan tiga lagi kawasan penternakan babi baharu (PFA) dalam usaha menampung permintaan terhadap pasaran eksport komoditi itu.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata, usaha itu juga selaras dengan potensi besar industri berkenaan.

Menurutnya, Sarawak mengeksport kira-kira 286,000 daging babi bernilai RM303.3 juta antara 2018 hingga 2021 dengan purata eksport sebanyak 2,500 seminggu terutama ke Singapura.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menunjukkan ucapan penggulungan kementeriannya ketika hadir di kompleks DUN di sini, hari ini.

“Memandangkan potensi ini, kerajaan memperuntukan sebanyak RM30 juta untuk membangunkan lagi tiga PFA di Selangau di Sibu, Samarakan di Bintulu dan penambahan kawasan PFA Simunjan,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya di DUN, hari ini.

Rundi berkata Sarawak mempunyai 118 ladang babi berlesen terutamanya di Kuching, Serian, Samarahan dan bahagian Sibu.

Tambahnya penternak utama PFA Simunjan pula telah mengeksport daging babi ke Singapura sejak 2017.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga meluluskan pelaksanaan 68 projek di bawah Dana Pemudahcaraan Pertanian (AFF) berjumlah RM1.36 juta bagi melonjakkan sektor penternakan burung walit.

Menurutnya, nilai eksport sarang burung walit mentah Sarawak dianggarkan sebanyak RM77 juta tahun lalu dan RM10.53 juta dalam tempoh Mei tahun ini.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU