Trending

Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah terbakar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Bukit Peninjau Ladang Sawit 2, di sini musnah akibat kebakaran.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sarawak telah menerima laporan kejadian sekitar jam 4.48 petang dan terus mengerahkan pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng untuk ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah yang telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan satu aliran hos bantu mula pam air dari jentera bomba sehingga api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.15 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.45 petang.

Katanya, kesemua mangsa telah diperiksa oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru