ARTIKEL

Tiga kereta hampir terjatuh dalam kejadian tanah runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Tiga kenderaan hampir terjatuh ke dalam runtuhan tanah yang berlaku di Kuarters Kerajaan Negeri dekat Jalan Kedang, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kawasan runtuhan berjarak 15 kaki dari struktur bangunan.

Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima laporan mengenai kejadian pada jam 6.31 pagi dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian didapati selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi tamat kira-kira 7.28 pagi.

TERSELAMAT… Tiga kenderaan yang terjejas akibat tanah runtuh di kawasan parkir dekat Kuarters Kerajaan Negeri di Jalan Kedang, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU