ARTIKEL

Tiga kes kecurian elektrik guna kabel bawah tanah di Stutong Height

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak Energy Berhad berjaya mengesan tiga aktiviti kecurian elektrik menerusi penggunaan kabel elektrik bawah tanah tanpa kebenaran di Stutong Height, baru-baru ini.

Jurucakapnya berkata, aktiviti haram itu dikesan hasil operasi bersepadu pihaknya dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Di kawasan itu, kita berjaya mengesan tiga lagi kes penggunaan elektrik tanpa kebenaran dengan menggunakan kabel penorehan terus dari kabel bawah tanah.

“Bukti kecurian elektrik itu disahkan selepas penghadang konkrit dialihkan, sekali gus mendedahkan kabel dan terdapat tanda-tanda gangguan elektrik di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sindiket terbabit adalah berisiko tinggi dan merbahaya, ia boleh menyebabkan kerosakan peralatan elektrik, kebakaran dan juga kehilangan nyawa di kawasan berdekatan.

Dedah kenyataan itu, Sarawak Energy telah mengalami kerugian kira-kira RM28,000 susulan kes terbabit tidak dilaporkan sejak 36 bulan yang lalu.

Susulan kes itu katanya, pemilik bagi ketiga-tiga premis kini dalam siasatan.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU