Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Tiga kluster baharu di Kuching, Bau dan Lundu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan tiga kluster baharu hari ini masing-masing di Kuching, Bau dan Lundu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kluster Jalan Sultan Tengah, Kuching merupakan satu kluster tempat kerja melibatkan pekerja sebuah pusat peranginan di Jalan Sultan Tengah, Kuching.

Kata JPBN, sebanyak enam kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks dan turut melibatkan dua orang bukan warganegara.

Jelasnya, kesemua kes positif telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke PKRC Daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Sementara itu, katanya, Kluster Stunggang Melayu, Lundu merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di Kampung Stunggang Melayu, Lundu.

“Seramai 121 individu telah disaring di mana lapan kes termasuk kes indeks telah dikesan positif Covid-19.

“Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke HUS dan dimasukkan ke PKRC Lundu untuk tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

JPBN turut berkata, Kluster Jalan Jambusan, Bau merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan satu perhimpunan keluarga sempena sambutan Hari Ibu yang telah diadakan di sebuah premis kediaman di Jalan Jambusan di Daerah Bau.

Katanya, sambutan tersebut dihadiri seramai 26 ahli keluarga dari Daerah Bau dan Kuching.

“Sejumlah 50 individu telah disaring di mana, 17 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks.

“Sebanyak 26 kes didapati negatif dan tujuh kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk ke HUS dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching dan Daerah Bau bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya.

Jawatankuasa itu turut memberitahu, JKNS juga mengisytiharkan satu kluster tamat iaitu Kluster Pasar Ikan Sebiew, Bintulu.

Kata JPBN, jumlah kluster yang masih aktif di negeri ini adalah sebanyak 83 kluster.

Tambahnya, sebanyak 11 kluster telah merekodkan 86 penambahan kes baharu manakala 72 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru