ARTIKEL

Tiga kluster baharu diisytiharkan di daerah Bau, Bintulu dan Kuching hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengisytiharkan tiga kluster baharu hari ini iaitu masing-masing di daerah Bau, Bintulu dan Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, kluster Jalan Jambusan-Sunchar, Bau merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan empat keluarga dari empat lokaliti berlainan iaitu Taman Mutiara, Kampung Melayu Baru, Taman Mawar dan Kampung Masjid Bau.

Menurut JPBN, kluster ini telah merebak melalui pergerakan sosial dan aktiviti berziarah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

“Sejumlah 243 individu telah di buat saringan awal iaitu 18 kes telah dikesan positif termasuk kes indeks, 60 kes didapati negatif dan165 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Bau serta dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching dan Bau bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Bagi daerah Bintulu, JPBN mendedahkan Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan asrama penempatan kakitangan dan pekerja sebuah kilang pelebur di Jalan Coastal Bintulu-Miri, Similajau dalam daerah Bintulu, Sarawak.

“Sejumlah 1574 individu telah disaring iaitu 49 kes telah dikesan positif termasuk kes indeks, 1135 kes didapati negatif dan 390 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” tambahnya.

Mengulas lanjut bagi daerah Kuching, JPBN berkata Kluster Muara Tabuan merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan kakitangan dan pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Elektronik 2, Sama Jaya Free Industrial Zone, Kuching.

“Kluster ini turut mempunyai perkaitan dengan kluster Jalan Simpang Tiga yang telah diisytiharkan pada 21 Mei lalu.

“Sejumlah 500 individu telah disaring iaitu 152 kes telah dikesan positif dan 191 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Serian,” jelasnya.

Dalam pada itu, JKNS turut mengisytiharkan satu kluster tamat iaitu Kluster Ulu Strass, Meradong setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

“Bagaimanapun, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 82 kluster dan sebanyak lapan kluster telah merekodkan 91 penambahan kes baharu manakala 74 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” jelasnya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul