ARTIKEL

Tiga kluster baharu diisytiharkan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga lagi kluster Covid-19 baharu diisytiharkan hari ini iaitu Kluster Jalan Demak Laut, Kuching, Kluster Balai Ringin Melayu, Serian dan Kluster Sungai Sebatu, Meradong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kluster Jalan Demak Laut Kuching bermula dari tempat kerja yang melibatkan pekerja sebuah syarikat pengangkutan komersial di kawasan perindustrian Demak Laut, Petra Jaya.

“Seramai 186 orang telah disaring iaitu 29 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 157 lagi didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, Kluster Balai Ringin Melayu, Serian melibatkan penduduk di sebuah kampung di Balai Ringin Melayu.

“Seramai 112 orang telah disaring iaitu 48 individu didapati positif termasuk kes indeks, dan 64 individu didapati negatif,” jelasnya.

JPBN memberitahu, Kluster Sungai Sebatu, Meradong pula melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Sebatu, Ulu Mador di daerah tersebut.

“Daripada 99 orang yang disaring, seramai 33 orang termasuk kes indeks didapati positif, 61 individu negatif, lima masih menunggu keputusan dan 32 kes baharu dilaporkan pada hari ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, JPBN menjelaskan Kluster Jalan Kuala Tatau diisytiharkan tamat pada hari ini setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari lalu.

JPBN berkata, sebanyak 93 kluster Covid-19 masih akif di Sarawak iaitu enam kluster mempunyai penambahan kes baharu yang melibatkan Kluster Sungai Sebatu (32), Kluster Kampung Kendaie (14), Kluster Benteng Sri Aman (13), Kluster Sentosa 2 (8), Kluster Bedup Longgo (4) dan Kluster Kem Semuja (3), manakala 87 kluster lain tiada penambahan kes baharu.

BERITA LAIN

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta