ARTIKEL

Tiga kluster baharu, dua kluster tamat, 21 daerah zon merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini iaitu Kluster Pasar Ikan Sebiew di Bintulu, Kluster Sungai Rian di Meradong dan Kluster Kampung Tengah di Betong.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dua kluster ditamatkan iaitu Kluster Jalan Awang, Sibu dan Kluster Nangga Bulo, Julau.

“Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 50 kluster.

“Sebanyak 15 kluster telah merekodkan 118 penambahan kes baharu manakala 35 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 bagi Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) lama di sini, hari ini.

Sementara, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata Daerah Tatau telah bertukar kepada status merah daripada status jingga, menjadikan jumlah daerah berstatus merah meningkat kepada 21 daerah.

Manakala, katanya Daerah Asajaya dan Kabong kembali ke status kuning daripada status jingga, menjadikan jumlah daerah berstatus jingga menurun kepada empat daerah.

Beliau menambah Daerah Song pula bertukar kepada status jingga daripada kuning, menjadikan jumlah daerah berstatus kuning sebanyak 11 daerah.

Katanya empat daerah kekal berstatus hijau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU