ARTIKEL

Tiga kluster tamat, 16 lagi masih aktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan tiga kluster Covid-19 tamat pada hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia susulan selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster itu.

“Tiga kluster itu adalah Kluster Sungai Ranan, Kanowit, Kluster Jalan Endap Sawit, Samarahan dan Kluster Tengah Hulu Gedong, Simunjan.

“Sebanyak 95 kluster iaitu 16 kluster aktif merekodkan 61 penambahan kes baharu, manakala 79 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan tiada daerah berubah status pada hari ini dan sekali gus menjadikan 29 daerah kekal berstatus merah, dua daerah kekal berstatus jingga, lapan daerah kekal berstatus kuning dan satu daerah kekal berstatus hijau.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian