BARAM: Dun Telang Usan masih kekal dibawah pimpinan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dennis Ngau selepas menang dalam pilihan raya Negeri ke-12 kali ini.
Beliau yang telah memperoleh sebanyak 3,861 undian itu menang majoriti 2,422 dalam saingan empat penjuru merebut kerusi kawasan tersebut.
Manakala pencabarnya yang lain iaitu Jau Jok @Jenngo dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanya memperoleh 1,439 undian diikuti Philip Jau Ding dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1,093 dan Gia Bala dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang memeperoleh 68 undian.
Untuk rekod, Dennis memenangi kerusi Dun Telang Usan atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 167 undi selepas memperoleh 3,321 undian mengatasi calon PKR, Roland Engan (3,064 undi) dalam PRN-11 pada 2016.