ARTIKEL

Salah seorang daripada suspek yang ditangkap di rumah persendirian, berserta beberapa barang rampasan - FOTO: IPD MARUDI

Tiga lelaki aktif pecah rumah di Marudi dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MARUDI: Tiga lelaki tempatan dicekup di tiga lokasi berasingan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pecah rumah dan mencuri.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, serbuan serta tangkapan dijalankan pada 30 Januari lalu dengan kerjasama daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan juga Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi.

Katanya, bertindak atas maklumat risikan, pasukan telah melaksanakan tiga serbuan di lokasi berbeza yang membawa kepada penangkapan tiga individu berkenaan.

“Serbuan ke atas rumah persendirian milik salah seorang suspek telah menjumpai beberapa barang kes seperti komputer serta kelengkapan dan peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah.

“Selain itu, pihak polis juga turut merampas sebuah kenderaan dipercayai diguna melakukan jenayah di sekitar kawasan Marudi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas semua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, serta mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan juga dadah.

Baca lain  Kek raya untuk petugas keselamatan dan barisan hadapan

Kesemua suspek kini telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

BERITA LAIN

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland