ARTIKEL

Tiga lelaki berdepan detik cemas, kereta jatuh gaung di jalan Ulu Mujok Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Tiga lelaki berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Ulu Mujok Julau di sini, malam kelmarin.

Ketiga-tiga mangsa yang masing-masing berusia 21 hingga 54 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang selepas selesai bekerja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, insiden kira-kira jam 11 malam itu, pemandu mengalami kecederaan di bahagian mulut dan pinggang manakala, dua lagi rakannya hanya cedera ringan.

“Bomba difahamkan ketika kejadian, mereka melalui laluan kecil dan cuba mengelak pokok tumbang namun terbabas ke tebing sebelum terjatuh ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nicholas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.08 malam sebelum sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

Sebaik tiba di tempat kejadian katanya, semua mangsa yang berjaya keluar dari dalam kenderaan mendapat rawatan awal Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Mangsa yang cedera katanya, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Julau oleh anggota keluarga yang kebetulan berada di lokasi kemalangan,” ujarnya.

 Operasi turut dibantu anggota Polis.

BERITA LAIN

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan