ARTIKEL

Tiga lelaki bertopeng rompak emas bernilai RM1.4 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA KANGSAR: Dua pekerja kedai emas berdepan detik cemas apabila barang kemas bernilai kira-kira RM1.4 juta yang dibawa dengan sebuah kereta dirompak sekumpulan lelaki bertopeng berdekatan sebuah kedai emas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner (ACP) Omar Bakhtiar Yaacob berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira 11.20 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa yang merupakan jurujual kedai emas disamun sekumpulan lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya.

“Suspek-suspek yang memakai topeng itu bersenjatakan parang dan tukul. Mereka didakwa telah memecahkan cermin kenderaan mangsa bagi mendapatkan barang kemas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai apabila rakaman video kejadian berkenaan yang dipercayai dirakam orang awam tular di media sosial.

Mereka yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Kangsar, Asisten Superintendan Mohd Subkey Alias di talian 013-928 5436 atau 05-776 2222 bagi membantu siasatan dan suspek sedang dikenal pasti.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan bersenjata atau rompakan serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.

Sementara itu, video 21 saat yang dimuat naik ke laman sosial memaparkan sekumpulan lelaki menaiki dua kenderaan sebelum berhenti di tepi kenderaan mangsa.

Video berkenaan memperlihatkan tiga lelaki berpakaian serba hitam yang menutup muka menggunakan sarung berwarna hitam kemudiannya melarikan beg-beg dipercayai mengandungi barang kemas dari kereta mangsa–BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan