ARTIKEL

Tiga lelaki diberkas disyaki terlibat kes curi kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Tiga lelaki diberkas dalam kejadian kejar-mengejar antara anggota polis dan suspek kerana disyaki terlibat kes curi kenderaan tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Asisten Komisioner Rosul Abdul Rashid berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 33 hingga 42 tahun berjaya ditangkap di Jalan Stutong.

“Polis mengejar ketiga-tiga suspek dari Samarahan dan berjaya menangkap mereka di Jalan Stutong sekitar jam 12.50 tengah malam,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek disahkan mempunyai 26 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan.

Malah tambahnya, ketiga-tiga suspek dikenal pasti positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian awal saringan air kencing.

Susulan itu, ketiga-tiga suspek berasal dari Kuching, Bau dan Sibu itu direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu