ARTIKEL

Dadah jenis methamphetamine dan pil Erimin 5 bernilai RM7,144 yang dirampas.

Tiga lelaki disyaki edar dadah ditahan di Tudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis berjaya menahan tiga lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah setelah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan Tudan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata suspek, yang terdiri daripada dua warga tempatan dan seorang warga asing berumur 32 hingga 46 tahun, ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Polis turut merampas pelbagai jenis dadah, iaitu dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 62.40 gram dan pil Erimin 5 dianggarkan seberat tujuh gram dengan keseluruhan bernilai RM7,144.

“Selain itu, turut disita sebuah kereta Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM100,000.

“Jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM107,144,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexson berkata ketiga-tiga suspek telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali kali.

“Selain itu, kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, hendaklah didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Kereta Toyota Hilux, yang disyaki milik suspek, turut disita.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU