Tiga lelaki ditahan miliki dadah jenis syabu

BAU: Aksi mencurigakan tiga lelaki terbongkar selepas didapati menyembunyikan kotak rokok berisi dadah ketika ditahan polis semalam.

Malah dua daripada suspek cuba bertindak melarikan namun tindakan pantas polis berjaya memberkas semula mereka di pinggir Jalan Kampung Segubang sekitar jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata ketiga-tiga suspek dikesan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau ketika melakukan rondaan malam di kawasan terbabit.

Menurutnya kesemua suspek masing-masing berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun merupakan penduduk tempatan yang menetap di kawasan kampung berhampiran.

“Semasa pemeriksaan lanjut di bahagian salah seorang suspek kelihatan dia hendak menyembunyikan sesuatu di tangan.

“Setelah itu polis menemui sekotak rokok mengandungi sepeket plastik lut sinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak