ARTIKEL

Tiga lelaki maut kemalangan di Jalan Mujong, Ulak Tapang Balleh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Mujong, Ulak Tapang Balleh di sini, kelmarin telah meragut nyawa tiga lelaki. 

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintendan Polis Rohana Nanu berkata, mangsa kemalangan adalah merupakan warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 23 tahun.

Pasukan paramedik memeriksa keadaan mangsa di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan tersebut terungkai apabila adik-beradik kepada salah seorang mangsa telah dimaklumkan oleh rakan mangsa mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 5.30 petang.

“Hasil siasatan mendapati bahawa ketiga-tiga mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Jalan Mujong menghala ke Jalan Selirik untuk berlumba.

“Namun, nasib malang menimpa ketiga-tiga mangsa apabila kesemua motosikal yang dinaiki telah bergesel sesama sendiri dan menyebabkan berlakunya perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut, dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika hendak mendapatkan rawatan di Hospital Kapit.

Selain itu, ketiga-tiga mangsa diambil sampel darah  bagi mengesan sama ada terdapat kandungan alkohol atau dadah di dalam darah.

Rohana turut mendedahkan bahawa hasil siasatan lanjut mendapati bahawa ketiga-tiga mangsa tidak memiliki lesen memandu yang sah, dan kes kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim