ARTIKEL

Tiga lelaki tempatan bakal terima hukuman langgar sekatan jalan pihak polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tiga lelaki tempatan berdepan hukuman penjara tidak kurang dari 12 bulan atau denda tidak kurang daripada RM1,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit kesalahan di bawah Seksyen 26 Akta Polis 1967.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata ketiga- tiga suspek berumur antara 22 tahun hingga 38 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, pada Jumaat lalu, kira-kira jam 11.30 malam di Jalan Bintulu/ Tatau.

Beliau berkata semasa penugasan sekatan jalan raya tersebut, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki saspek, telah melanggar papan tanda sekatan jalan raya dan kon yang dipasang oleh pihak polis.

Ketiga-tiga saspek, katanya,berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi sekatan jalan raya diadakan.

Hasil pemeriksaan polis mendapati kesemua saspek tidak mempunyai rekod jenayah atau senarai hitam.

Malah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan juga tiada laporan kehilangan, katanya sambil menambah pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketiga saspek direman sehingga 10 Julai ini untuk membantu siasatan.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU