ARTIKEL

HANCUR...Bahagian hadapan lori remuk teruk akibat kemalangan

Tiga lelaki tersepit dalam kemalangan lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Tiga lelaki tersepit di bahagian hadapan lori yang dinaiki akibat kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Kuching-Sri Aman, kira-kira jam 5.18 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit.

“Pasukan operasi bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk mengumpil pintu sehingga berjaya mengeluarkan ketiga-tiga mangsa.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi menyelamat dilaksanakan oleh pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman.

Operasi seterusnya melakukan pembersihan sisa-sisa kemalangan sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 7 pagi.

Mengenai kemalangan terbabit, ketiga-tiga mangsa merupakan individu yang ditemui dalam sebuah lori.

Manakala sebuah lagi lori yang berada di hadapan dilaporkan tiada lagi di tempat kejadian ketika bomba tiba di lokasi.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

BERITA TERBARU