ARTIKEL

Dua lelaki di Jerman tiba-tiba rebah semalam selepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui. - Foto Hiasan

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual sama yang menjual rokok itu kepada seorang lagi mangsa yang jatuh sakit pada hujung minggu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 52 tahun di bandar Duisburg tidak sedarkan diri selepas menghisap rokok tercemar itu pada malam Sabtu.

Menurut polis, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dua insiden serupa dilaporkan semalam melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang lagi berusia 45 tahun.

Susulan kejadian itu, seorang suspek telah ditahan kerana disyaki melanggar Akta Bahan Psikoaktif Baharu.

Bagaimanapun, pemeriksaan di rumah suspek tidak menemukan sebarang bukti tambahan.

Penyiasat percaya bahawa penggunaan rokok yang mengandungi bahan tidak dikenali itu menyebabkan komplikasi kardiovaskular teruk yang boleh membawa maut. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri