ARTIKEL

Tiga lot rumah kedai terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU:  Tiga lot rumah kedai di Taman Li Hua, Jalan Medan Jaya di sini, terbakar hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 1.15 petang itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati  kebakaran melibatkan tiga lot tingkat atas bangunan itu.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran dan kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU