KUCHING: Tiga daripada enam warga Sarawak yang terkandas di Kemboja akibat ditipu sindiket pekerjaan sudah balik dengan selamat, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.
Katanya mereka masing-masing dari Sibu, Kuching dan Padawan.
Manakala, beliau berkata pihaknya turut berjaya menangkap seorang ejen yang disyakit terbabit dalam sindiket berkenaan.

“Seorang ejen di Sibu sudah ditangkap dan akan digunakan untuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
“Usaha telah dibuat dan masih diteruskan untuk mengesan suspek terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya tiada ejen yang ditangkap di Kuching dan Padawan kerana mangsa tidak mempunyai maklumat mengenai suspek yang menguruskan perjalanan mereka ke Kemboja.