ARTIKEL

Tiga maut, 24 cedera, dikhuatiri ramai lagi terkorban gempa bumi di Sulawesi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA:  Gempa bumi kuat 6.2 Skala Richter di Sulawesi Barat, Indonesia, awal pagi tadi, dikhuatiri mengorbankan lebih ramai mangsa dengan tiga disahkan maut setakat ini, berikutan berlakunya runtuhan rumah dan bangunan.
Menurut kenyataan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BNPD) Kabupaten Majene dan Polewali Mandar, berdasarkan data sementara yang diperoleh, setakat 9 pagi ini, tiga disahkan meninggal dunia, 24 cedera dan lebih 60 rumah dan bangunan runtuh.
Pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sedang mengesan mangsa-mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter itu berlaku pukul 1.28 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di 6km Timur Laut-Majene-Sulawesi Barat pada kedalaman 10km.
Sejak semalam, kawasan berkenaan merekodkan beberapa siri gempa bermagnitud sederhana di bawah 6 Skala Richter.
Menurut BNPD Kabupaten Majene dan Polewali Mandar, gempa itu berlaku sekitar lima hingga enam saat, menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan panik dan bergegas keluar dari rumah.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mencetuskan ancaman tsunami dan setakat ini dilaporkan lebih 2,000 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara.– BERNAMA

BERITA LAIN

Bekas wartawan foto tawan Gunung Everest

KATHMANDU, Nepal: Purnima Shrestha, pendaki gunung dari Nepal, mencipta rekod pagi Sabtu apabila dia menjadi wanita pertama menawan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest atau

Mangsa insiden SQ321 masih trauma

BANGKOK: “Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari,” kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo. Adik

Khidmat negara wajib untuk remaja di UK

LONDON, England: Remaja berusia 18 tahun akan diwajibkan menjalani khidmat negara sekiranya Parti Konservatif (Tories) memenangi pilihan raya pada 4 Julai ini, kata Perdana Menteri

BERITA TERBARU