Tiga maut dalam pertembungan sebuah kereta dengan motosikal

MIRI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan motosikal di KM 38 Jalan Miri-Bintulu (berhampiran Simpang Entulang ), malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaa Trafik Sarawak, Superintenden Alexon Naga Chabu, dalam kejadian kira-kira jam 7.18 malam itu, ketiga- tiga mangsa maut di lokasi kejadian dan dikenalpasti sebagai pemandu kereta PROTON Wira, Mohammad Mukmin Sholehin Abdul Rahim,31 dari Kampung Berayak, Miri, penunggang motosikal, Roland Gerunsin,24, serta pemboncengnya, Maria Andam,52, dari Rumah Anthony Ladi Lepong Ajai, Sungai Liam, Bakong , Baram.

Menurutnya,siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Mohammad Mukmin dalam perjalanan dari arah Miri menuju ke arah Bintulu dan apabila sampai di tempat kejadian, telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong bertentangan.

Pada masa yang sama, katanya, telah melanggar motosikal yang ditunggang Roland dan Maria yang datang dari arah bertentangan.

Impak pertembungan itu, menyebabkan kedua-dua kereta dan motosikal terbabit terbabas ke tepi jalan,.

Suara Sarawak