ARTIKEL

Anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa kemalangan yang ditemui di kawasan semak.

Tiga maut, empat cedera dalam nahas pikap terbabas di Batu 72 Suai Niah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tiga individu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah pikap yang dipercayai terbabas berhampiran Rumah Nginbang, Batu 72 Suai, Niah di sini semalam.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.55 petang membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Isuzu Dimax yang dinaiki tiga lelaki dan empat wanita berusia dalam lingkungan tiga hingga 39 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan ketiga-tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Evelyn Shely Manyie, 26, Eddy Indau, 26, dan Jenging Tinsok, 39.

“Dua orang mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dengan selamat manakala pasukan bomba telah bertindak mengeluarkan empat orang mangsa yang berada di dalam longkang dan seorang lagi mangsa berada di kawasan semak.

Keadaan pikap yang dilaporkan terbabas lalu memasuki longkang di sisi jalan.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga orang mangsa telah meninggal dunia,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Empat mangsa yang terselamat dilaporkan mengalami kecederaan.

Kesemua mayat dan mangsa kemalangan telah diserahkan kepada pihak polis dan KKM untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri