Trending

Tiga maut kemalangan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SRI AMAN: Tiga maut dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Sri Aman Engkilili berdekatan kuari masuk.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.38 petang, semalam melibatkan Perodua Viva dan Proton Saga. 

“Akibat daripada pertembungan tersebut, empat mangsa didapati tersepit di dalam Perodua Viva. 

“Dua mangsa di bahagian belakang berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum kehadiran pihak bomba dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Pemandu dan penumpang di bahagian hadapan dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya semalam. 

Menurutnya, mangsa tersepit yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Manakala, katanya, seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Engkilili dan seorang cedera parah. 

“Bagi mangsa yang menggunakan Proton Saga, dua mangsa di bahagian hadapan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. 

“Dua mangsa tersebut cedera dan patah di bahagian kaki, manakala seorang penumpang belakang, cedera parah,” ujarnya. 

Kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba dan ambulans KKM.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru