SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Tiga melecur, seorang sesak nafas dalam kebakaran rumah panjang 33 pintu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Rumah panjang 33 pintu musnah 100 peratus dalam kebakaran, semalam.

BETONG: Rumah Panjang Peter Igoh Nanga Mujan Skrang, di sini, yang mempunyai 33 pintu terbakar 100 peratus, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berkenaan perkara ini pada jam 3.32 petang dan mengarahkan Pusat Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi kejadian.

Rumah panjang 33 pintu musnah 100 peratus dalam kebakaran, semalam.

“Setibanya pihak bomba di lokasi, Komander Operasi (KO) yang juga Ketua Bomba dan Penyelamat Betong, Vincent Baling Yabi melaporkan kebakaran melibatkan rumah panjang 33 pintu berukuran 660 kali 150 kaki persegi telah musnah terbakar sepenuhnya.

“Turut musnah terbakar, tiga motosikal yang diletakkan berhampiran rumah panjang tersebut.

PADAM…Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Manakala kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambahnya, rumah panjang itu mempunyai seramai 129 penghuni dengan 59 daripadanya lelaki, 57 wanita dan 13 kanak- kanak..

“Pasukan pemadam juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke lapan unit stor yang berdekatan dan melakukan overhaul bagi memadam bara api sehingga padam sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam kejadian itu, empat mangsa mengalami kecederaan iaitu tiga orang melecur dan seorang sesak nafas.

Baca lain  Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Miri dijangka alami ribut, hujan lebat, petang ini

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.30 malam tadi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru