Trending

Tiga motosikal, sebuah lori disita JPJ

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SITA….Tiga buah motosikal disita JPJ dalam Op Motosikal di Batu 15, Jalan Kuching-Serian

KUCHING: Tiga buah motosikal dan sebuah lori disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak di Batu 15, Jalan Kuching-Serian, di sini semalam.

Menurut JPJ Sarawak, kenderaan terbabit disita menerusi Op Motosikal kerana didapati melanggar peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Katanya, sebanyak 1,299 buah kenderaan yang merangkumi motosikal,motokar lori dan bas turut diperiksa sepanjang operasi tersebut.

“Rentetan daripada itu, sebanyak 186 notis ketidakakuran dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan berkaitan teknikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi turut dihadiri Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Noraini Mohd Nawi.

Selain itu katanya, terdapat satu kes yang telah diserahkan kepada pihak kastam atas kesalahan membawa barang yang disyaki menyalahi undang-undang.

JPJ Sarawak menjalankan Op Motosikal di Batu 15, Jalan Kuching-Serian

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru