ARTIKEL

Tiga pam generator musnah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Penduduk di sini dikejutkan dengan kebakaran yang memusnahkan tiga unit pam generator di Jalan Sungai Plan, malam tadi.

Insiden kira-kira jam 8.20 malam itu disedari salah seorang penduduk di kawasan itu sebelum memaklumkannya kepada pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 malam.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman

“Kebakaran melibatkan tiga unit pam generator telah terbakar 100 peratus di dalam sebuah rumah dengan keluasan 10 kali 10 kaki persegi,” katanya.

Sebagai tindakan susulan, pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan pam angkut dan sumber air terbuka.

“Operasi pemadaman mengambil masa lebih setengah jam dan setelah mendapati keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.00 malam,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega