Tiga parah dalam kemalangan kendiri di Jalan Selalang, Sarikei

SARIKEI: Tiga parah manakala dua lagi cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Selalang Krapa di sini, petang semalam.

Insiden kira-kira 3.10 petang itu, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Sarikei menghala ke Selalang.

Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, semua mangsa yang dikenal pasti identiti itu masing-masing berusia antara 57 hingga 69 tahun dan berasal dari Kampung Pusa.

“Kejadian mengakibatkan kenderaan mangsa terbabas sebelum terbalik di bahu jalan.

“Seorang daripadanya kritikal, dua spara kritikal dan dua lagi cedera ringan,” katanya dalam satu kenderaan.

Mahmudin berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.12 petang.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di tempat kejadian semua mangsa sudah dikeluarkan dari dalam kenderaan itu dengan bantuan orang awam yang kebetulan melalui kawasan kejadian.

“Pasukan kami berusaha menstabilkan keadaan mangsa sebelum membawa mereka ke Hospital Sarikei dengan menggunakan kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (EMRS) untuk rawatan susulan,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum bertolak balik ke balai, pasukannya turut melakukan pemantauan susulan bagi memastikan lokasi itu selamat untuk dilalui kenderaan lain.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Suara Sarawak