ARTIKEL

Tiga pekerja kilang cedera letupan kecil di kilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Tiga pekerja sebuah kilang di Jalan Then Kung Suk di sini cedera selepas berlaku letupan kecil membabitkan satu set peralatan pengimpal dan juga sebuah jentera angkat susun, hari ini.

Ketua Bomba Zon 4 Sibu Andy Alie dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 11.29 pagi.

KEADAAN jentera angkat susun serta kawasan kilang yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Susulan itu, katanya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral diketuai PBK II Thomson Sumping Crennal berserta sebuah jentera FRT dan ERMS dikerah ke lokasi yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pekerja kilang terbabit maklum kebakaran berlaku berpunca daripada kerja-kerja pendawaian dan terdapat percikan api mengakibatkan berlaku sedikit letupan.

“Kebakaran tersebut turut memusnahkan satu set peralatan pengimpal dan juga sebuah jentera angkat susun,” katanya.

Katanya, api berjaya dipadamkan oleh pemilik kilang dan beberapa orang pekerja yang berada di lokasi dengan menggunakan tujuh unit alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Bagi tindakan operasi, anggota bomba membuat ‘size-up’ di dalam bangunan yang terjejas bagi memastikan tiada lagi tanda-tanda api naik semula yang boleh menyebabkan kebakaran dan letupan terjadi.

“Tiada kerja-kerja pemadaman dilakukan,” katanya.

Justeru, katanya ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke klinik berhampiran oleh pekerja kilang tersebut sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Andy berkata punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,