ARTIKEL

SARINGAN... Salah seorang pemandu diuji menggunakan alat EBA II dalam Op Mabuk pada Jumaat lalu.

Tiga pemandu mabuk ditahan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Tiga pemandu ditahan kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol di Lebuh Raya Kuching-Samarahan Jumaat lalu.

Mereka ditahan menerusi Op Mabuk yang dijalankan seorang pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Samarahan dengan bantuan tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta tujuh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK… Seorang pemandu diuji dalam Op Mabuk di Lebuh Raya Kuching-Samarahan pada Jumaat lalu.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, ketiga-tiga suspek telah disaring awal menggunakan alat SDII+.

“Seterusnya, bagi ujian pernafasan menggunakan alat EBA II, didapati tiga orang pemandu tersebut positif kandungan alkohol melebihi had yang ditetapkan semasa pemeriksaan.

“Kesalahan ini termaktub di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, akta tersebut memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun.

Sehubungan itu, JSPT Sarawak sekali lagi mengingatkan para pemandu agar mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya berkenaan dengan isu pemandu mabuk.

Katanya, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi sekiranya didapati memandu dalam pengaruh alkohol.

“Op Mabuk ini juga akan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras pemandu mabuk di jalan raya untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain ketika memandu di jalan raya,” ujarnya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU