HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tiga penempatan di Pakan dikenakan PKPD

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Tiga kawasan penempatan di Pakan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga kawasan tersebut termasuk Rumah Mathew, Lubok Pisang, Genega, Rumah Dinggai, Sungai Amut Atas dan Rumah Giman, Bt 13 Jalan Engkamop.

“Bagi PKPD di Rumah Mathew Lubok Pisang, Genega dan Rumah Dinggai Sungai Amut Atas, PKPD dilaksanakan bermula dari 22 April hingga 5 Mei ini.

“Manakala bagi Rumah Giman, Bt 13 Jalan Engkamop, PKPD dilaksanakan bermula dari 23 April hingga 6 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBN mendedahkan daerah Lawas telah bertukar kepada status kuning daripada hijau setelah merekodkan satu kes jangkitan baharu pada Ahad.

“Daerah Lundu pula telah bertukar kepada status jingga daripada status kuning setelah merekodkan sejumlah 36 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga telah meningkat kepada lapan daerah, 11 daerah kuning dan hanya dua daerah masih berstatus hijau,” jelasnya.

Sementara itu, JPBN memaklumkan daerah Julau dan Matu kembali berstatus jingga daripada status merah setelah masing-masing mencatatkan 29 dan 34 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah menurun kepada 19 daerah.

“Daerah Sebauh pula telah kembali berstatus kuning daripada status jingga setelah mencatatkan hanya 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” ujar JPBN lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru