ARTIKEL

Tiga pengedar dadah dicekup dalam minggu pertama bulan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 29 individu disyaki salah guna dadah termasuk tiga pengedar dan 26 penagih ditangkap hasil serbuan polis dalam tempoh seminggu bermula 1 Ogos hingga semalam.

Kesemua suspek dicekup di lapan lokasi berasingan di kawasan Kuching iaitu kawasan Jalan Stutong, Kampung Siol Kandis Petra Jaya, Kampung Lintang, Lorong Stampin Timur dan Jalan Mancis.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata suspek terdiri daripada 27 lelaki dan dua orang wanita berusia lingkungan 18 hingga 47 tahun.

“Hasil serbuan berjaya merampas pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 37.59 gram bernilai RM3,759, ketamin 6.1 gram, serbuk ekstasi 400.6 gram, pil ekstasi 49 biji, dan pil eramin 5 sebanyak 22 biji.

“Kesemua dadah terbabit dianggarkan bernilai RM25,769 secara keseluruhan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedah Ahsmon, dua tangkapan melibatkan pengedar adalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum gantung mandatori sampai mati.

Manakala dua lagi tangkapan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 10 sebatan.

Sementara itu katanya 13 tangkapan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala tangkapan selebihnya mempunyai rekod jenayah lampau di bawah kesalahan penyalahgunaan dadah.

Terdahulu katanya, turut dirampas sebilah samurai beserta sarung, sebilah kerambit, sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah motosikal jenis Legenda.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli