ARTIKEL

Tiga pertubuhan amal terima sumbangan 30 tiket pementasan teater ‘A Story of Ours; Us and Them

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 30 tiket pementasan teater ‘A Story of Ours; Us and Them daripada St Joseph’s Family of Schools (SFJS) telah disumbangkan kepada tiga pertubuhan amal di sini.

Tiga pertubuhan amal yang mendapat manfaat menerusi sumbangan dari gadis warga Sarawak yang tinggal di Utah iaitu Cindy M. Chia itu adalah Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS), Salvation Army Children’s Home Kuching dan Yayasan LaSallian Kuching.

SJFS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah dihubungi oleh ahli psikologi dan terapi tersebut mengenai sumbangan tersebut dengan harapan dapat membuat perubahan dengan membantu mencipta pengalaman bermakna untuk orang lain.

“Beliau merasakan bahawa sumbangan tiket tersebut akan berfungsi sebagai salah satu cara yang lebih bersifat peribadi tetapi sangat berkesan bagi menyokong bukan sahaja pihak produksi tetapi juga sebagai peluang untuk menyampaikan mesej kepada khalayak ramai dengan lebih mudah.

“Melalui sumbangan ini, beliau berharap agar sumbangan kecil ini akan membawa cahaya atau sinar kegembiraan di hati penerima.

“Hal ini kerana semasa beliau masih dalam fasa membesar, beliau tidak mendapat peluang untuk menghadiri persembahan seperti ini kerana kadang-kadang ia di luar jangkauan ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Chia berkata, dengan sumbangan ini, ia akan memberi peluang beliau bagi menikmati salah satu persembahan sekolah terbaik di Kuching ini kepada lebih ramai lagi.

Mengulas lanjut,  beliau berharap agar mereka akan menikmati persembahan tersebut dan sentiasa ingat untuk membawa serta berkongsi cahaya kegembiraan tersebut dengan orang lain.

Guru Sekolah Menengah St Joseph Michael Hung dan Anderson Landok mewakili Cindy M. Chia menyerahkan sumbangan tiket kepada penerima

LAIN-LAIN BERITA

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa