Tiga pertubuhan terima dana

SIMANGGANG: Tiga pertubuhan bukan kerajaan menerima dana MRP daripada Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, semalam.

Majlis ringkas penyerahan cek peruntukan MRP itu diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Adun Simanggang.

Tiga pertubuhan yang mendapat peruntukan MRP masing-masing berjumlah RM3,000 ialah United Hawkers
Association, Sarawak 2nd Division; Persatuan Pemilik Taxi Simanggang dan Persatuan Teo Chew Engkilili.

Harden dalam ucapannya mengingatkan pemegang amanah dalam persatuan ataupun ahli jawatankuasa agar
menggunakan peruntukan yang diberikan untuk kegiatan persatuan.

“Gunakan dana ini untuk program atau aktiviti yang memberi impak atau faedah kepada ahli dan masyarakat,”
ujarnya.

Beliau menambah, peruntukkan MRP merupakan kesinambungan berterusan yang disumbangkan kepada
pertubuhan.

“Sebagai menteri muda, saya akan berusaha membantu pihak yang memerlukan,” tambah Harden lagi

Suara Sarawak