ARTIKEL

Tiga pos kawalan sempadan Sarawak bakal siap dibina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALAI RINGIN: Tiga pos kawalan sempadan yang bakal siap dibina kelak akan memperkasakan lagi keselamatan negeri ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman berkata, tiga pos berkenaan iaitu Pos Rapak Baru Sri Aman, Pos Tetangga Akrab Serian dan Pos Mengkalap di Limbang kini dalam fasa pembinaan.

Malah katanya, Tentera Darat Malaysia (TDM) juga merancang untuk menambah beberapa lagi pos sempadan yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Akan ada lagi pembinaan pos berperingkat-peringkat. Tahun ini tiga, tahun hadapan dua.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah menyokong dalam setiap apa yang kita laksanakan terutamanya berkenaan dengan pembangunan pos-pos ini,” katanya kepada media ketika lawatan ke Markas Taktikal Balai Ringin, di sini semalam.

Untuk rekod, terdapat 17 pos kawalan sempadan di Sabah dan Sarawak.

Mohammad sebelum itu mengadakan lawatan ke pos Batu Kaya di Lubok Antu sekali gus merasmikan pembukaan pos tersebut.

Beliau berkata, pos berkenaan telah siap dibina pada 31 Julai tahun lalu dan lebih berdekatan dengan sempadan berbanding pos sedia ada iaitu pos Lubok Antu.

“Pos Lubok Antu ini adalah dalam lima ke tujuh kilometer dari sempadan, pos Batu Kaya ini dekatlah dengan sempadan dan tidak jauh dari imigresen kita,” jelasnya.

Mohammad memaklumkan beliau dijadualkan untuk mengadakan lawatan ke Pos Padang Pan di Bau hari yang sama namun membatalkan penerbangannya menggunakan helikopter ekoran cuaca tidak mengizinkan.

Lawatan Mohammad ke Sarawak merupakan lawatan julungnya ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat setelah mengambil alih jawatan Panglima TDM ke-29 pada 23 Mac lalu.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Hassan Embong, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Mejar Jeneral Malek Razak dan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff.

BERITA LAIN

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

Larian Hari Sarawak serlah perpaduan warga Bintangor

BINTANGOR: Lebih 700 penduduk memeriahkan Larian 722 Hari Sarawak 2024 sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor. Jumlah tersebut merangkumi peserta jemputan daripada pelbagai agensi

Agong, PM percaya kepada Sarawak

BINTULU: Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara baharu mencerminkan kepercayaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk

BERITA TERBARU

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

Makhamah persekutuan tolak rayuan bekas pemandu Grab

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang bekas pemandu Grab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Kementerian Sumber Manusia menolak pendengaran kes