ARTIKEL

PPS Dewan Bulan Sabit Merah masih beroperasi menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh.

Tiga PPS Masih Penuh, PPS Niah Catat Lonjakan Mangsa Banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Situasi banjir dan tanah runtuh di Bahagian Miri kekal dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) masih seramai 140 orang setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak tiga PPS masih beroperasi melibatkan 59 ketua isi rumah.

“Di PPS Dewan Bulan Sabit Merah seramai dua ketua isi rumah empat mangsa ditempatkan akibat banjir manakala sebuah ketua isi rumah empat mangsa dipindahkan susulan tanah runtuh.

“Jumlah itu kekal tidak berubah setakat ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, PPS SK Kampung Angus turut menempatkan enam ketua isi rumah terdiri daripada 23 mangsa juga tanpa perubahan dalam tempoh laporan terkini.

PPS SK Suai Niah pula mencatatkan peningkatan pemindahan dengan 50 ketua isi rumah membabitkan 109 mangsa menjadikannya PPS paling ramai mangsa buat masa ini.

“Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air di kawasan terjejas selain memastikan keperluan asas mangsa di PPS sentiasa mencukupi,” jelas kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 14 hingga 17 Disember 2025.

Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” menurut laporan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU