Trending

Tiga remaja ditahan lakukan aksi wheelie

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
IPD Kuching menjalankan Op Samseng Jalanan di kawasan Masja.

KUCHING: Aksi tiga remaja lelaki melakukan wheelie membawa padah apabila ditahan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berumur dalam lingkungan 17 hingga 18 tahun itu ditahan di kawasan Masja menerusi Op Samseng Jalanan.

“Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching diketuai Inspektor Ngang Kalimpot.

Jelasnya, operasi bermula jam 5 petang hingga jam 1 pagi telah mengeluarkan 158 keping saman (PDRM (K) 257) atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Tambahnya, sebanyak 103 buah motosikal dan 112 orang telah diperiksa dalam operasi tersebut dan menyita 45 buah motosikal.

Katanya, pihak polis mengalu-alukan maklumat dari orang awam berkaitan sebarang aktiviti samseng jalanan.

Sebanyak 158 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk tiga remaja ditahan kerana aksi wheelie

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru