Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Tiga rumah di Punggu Tapang musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SRI AMAN: Tiga buah rumah jenis separuh kekal dua tingkat di Punggu Tapang berhampiran Jalan Serian-Sri Aman ranap dalam kebakaran yang berlaku jam 3:57 petang tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman Ramlan Marajan memberitahu, dua rumah pertama musnah sepenuhnya, manakala rumah ketiga terbakar 70 peratus.

“Pasukan bomba mengambil masa 31 minit untuk sampai ke lokasi kerana kawasan tersebut agak jauh, iaitu 36 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman.

“Malah turut berdepan dengan cabaran lain apabila tiada pili bomba berhampiran, sehingga memaksa anggota menggunakan air dari tangki jentera dan sumber terbuka (parit) untuk memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal 19 minit kemudian namun kediaman terbabit telah musnah.

“Bagaimanapun, kesemua penghuni disahkan selamat.

“Operasi tamat sekitar 7 petang dan pasukan masih menyiasat lanjut punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian yang dialami,” tambahnya.

Kebakaran yang memusnahkan tiga buah kediaman di Pungguk Tapang berhampiran Jalan Serian-Sri Aman, petang tadi.

.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru