Tiga rumah panjang di Sri Aman dikenakan PKPD

KUCHING: Tiga buah rumah panjang di Sri Aman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 4 Julai.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata ia melibatkan Rumah Majeng (Kampung Po Ai), Rumah Kedeni (Kampung Batu Besai) dan Rumah Mengga (Kampung Batu Besai).

Selain itu, dua lagi kawasan iaitu Kuarters Pekerja Balingian Power Generation (BPG), Jalan Sibu-Mukah, Mukah dan Rumah Gabriel Ikau, Sungai Lepah, Tanjung Manis turut dikenakan PKPD bermula 23 Jun hingga 6 Julai.

Sementara, sembilan kawasan PKPD ditamatkan hari ini iaitu di Rumah Bair Mam, Jalan Samarakan, Tatau Rumah Setinggan Batu 6, Bintulu dan Rumah Clement Bayang, Jalan Bintulu-Tatau.

Selain itu di Rumah Rentap, Sg. Rayah, Bintangor, Meradong, Rumah Barang, Sg. Melinau, Bukit Mabong, Rumah Kelly Kumpang Langgir, Engkelili, Sri Aman, Rumah Banying Kumpang Langgir, Engkelili, Sri Aman dan Rumah Patrick Andin Uli, Sg. Serakit, Sebauh ditamatkan pada hari ini serta 22 Jun bagi Rumah Demai, Sg. Lelabi, Bintangor, Meradong.

Suara Sarawak