Tiga rumah panjang dikenakan PKPD, dua lagi ditamatkan

KUCHING: Tiga lagi kawasan rumah panjang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ketiga-tiga rumah panjang itu adalah Rumah Menari, Sungai Durin, Sibu, Rumah Ayu Stok, Sarikei dan Rumah Bungkong, Nanga Sejunam, Julau.

“PKPD di Rumah Menari, Sungai Durin, Sibu dikenakan bermula 7 hingga 20 Jun ini.

“Manakala PKPD di Rumah Ayu Stok, Sarikei dan Rumah Bungkong, Nanga Sejunam, Julau pula dikenakan bermula 7 hingga 23 Jun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

JPBN menambah, PKPD di Rumah Sebastian Ngalang, Batu 6, Jalan Oya, Sibu dilanjutkan bermula 10 hingga 17 Jun ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan PKPD di Rumah Joel Bijat Ai, Sri Aman ditamatkan pada 8 Jun manakala PKPD di Rumah Ben anak Kuleng, Tanjung Manis dan SK Telok Gelam, Tanjung Manis ditamatkan pada 9 Jun.

Suara Sarawak