ARTIKEL

Tiga sahabat cederakan seorang lelaki, dihukum denda RM1,300 atau penjara tiga bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga sahabat masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM1,300 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mencederakan seorang lelaki berusia 27 tahun, Jumaat lepas (3 Mei).

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Zainuddin Ahda, Mohd Azizul Hamzah dan Mohammad Fairulnizam Hamzah selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan itu di Pangkalan Nibong, Kampung Sungai Bedil, sekitar jam 2 pagi, 3 Mei lepas.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, ketiga-tiga tertuduh bertindak menendang dan memukul mangsa selepas menuduh mangsa mencuri wang dalam sebuah kedai runcit.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian mata kiri.

Mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut, seterusnya membawa kepada penahanan ketiga-tiga tertuduh sehari selepas kejadian.

Hasil siasatan mendapati mereka secara bersama berniat mendatangkan kecederaan dengan menendang dan memukul mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)