ARTIKEL

Tiga sekawan dihuatiri hilang di Pulau Sari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Nasib malang menimpa tiga sekawan yang berhasrat memancing di Pulau Sari, setelah dikhuatiri hilang kira-kira jam 3 petang oleh penduduk Kampung Punang di sini petang semalam.

Menurut info Gerakan Operasi Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 malam dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Yusri.

Yusri merupakan pemilik perahu yang dipinjam untuk digunakan oleh mangsa pergi memancing.

“Mangsa bernama Amir meminjam perahu Yusir untuk keluar memancing bersama dengan rakannya Amir dan Chee Tiong dilaut Punang.

“Kali terakhir mangsa dapat dihubungi oleh Yusri adalah pada jam 03.30 petang di mana mangsa pada masa itu berada di Pulau Sari sebelum tidak dapat dihubungi lagi,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, Yusri telah menelefon mangsa semula pada jam 4.00 petang dan 5.00 petang namun tidak dapat dihubungi.

Dalam pada itu, menurut salah seorang penduduk Kampung Punang, ketiga-tiga mangsa ada meminjam bot penduduk kampung untuk pergi memancing ke Pulau Sari pada tengah hari.

“Namun keadaan laut berombak berserta ribut pada waktu petang di Pulau Sari tersebut mungkin telah menyebabkan bot mereka karam.

“Penduduk kampung di situ ada mendapati hanya kontena oren yang dibawa kekal terapung di lokasi dan bot yang dinaiki tiada di tempat kejadian,” ujarnya.

Pihak Bomba Lawas sudah membuka pos kawalan bomba dan standby di lokasi serta difahamkan operasi ditangguhkan dan akan disambung pada keesokan pagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,