Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Tiga sekolah dari Dalat lakar sejarah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DALAT: Wakil Daerah Dalat, SMK Dalat, SK Kampung Igan, dan SMK Oya berjaya meraih empat emas dan dua Anugerah Khas Inovasi dalam e-Seminar Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan 2020 (e-SPeDIP2020) anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri pada 24 hingga 25 Jun lalu.

E-Seminar yang dimenangi ialah kategori inovasi guru sekolah menengah untuk Metode 4 Slot dari SMK Oya yang berjaya meraih emas, manakala Modul INSTRUKA dari SMK Dalat turut meraih emas.

Manakala bagi kategori guru sekolah kebangsaan, SK Kampung Igan berjaya mendapat emas untuk Kit ‘SiM’4GraJa dan satu Anugerah Inovasi Terbaik Guru Sekolah Rendah.

Bagi kategori pelajar sekolah menengah pula, SMK Dalat berjaya meraih emas dan Anugerah Inovasi Terbaik Pelajar Sekolah Menengah bagi Permainan Pintar Bahasa. Menurut salah seorang peserta (guru), Abdul Gafar Mahdi, dia bersyukur kerana berpeluang menyertai pertandingan tersebut.

“Walaupun diadakan secara dalam talian, kami gembira kerana dapat melepasi sasaran dengan meraih emas.

“Antara cabaran yang dihadapi adalah menyempurnakan produk inovasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pergerakan kami yang agak terhad dan ia secara menyukarkan kita,” katanya yang dihubungi Suara Sarawak.

Baca lain  Pertembungan enam penjuru di DUN Opar

Memandangkan pertandingan tersebut diadakan secara dalam talian, peserta tidak perlu pergi Miri untuk mempersembahkan produk dan hasil kerja masing-masing.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan dan enam anugerah menjadi rebutan untuk semua institusi pengajian tinggi, sekolah menengah, sekolah rendah, pejabat pelajaran, institut kemahiran dan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah di seluruh Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru