ARTIKEL

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Hii Chang Kee (dua kanan) di Program Kemasyarakatan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Kampung Melayu, Kota Samarahan, hari ini.

Tiga sekolah di Samarahan dapat manfaat program CSR Jabatan Audit Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tiga buah sekolah kebangsaan (SK) di sini telah terpilih menyertai program kemasyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024, hari ini.

Ketiga-tiga sekolah itu ialah SK Kampung Empila, SK Mang dan SK Kampung Melayu dengan menyaksikan kesemua peserta program mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah-sekolah tersebut.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, berkata program anjuran Jabatan Audit Negara itu merupakan antara yang julung kali diadakan di Sarawak.

Katanya, program tersebut turut mendapat kerjasama baik daripada agensi-agensi yang menjadi rakan strategik dalam menjayakan program CSR ini dengan menyumbangkan beberapa barangan keperluan kepada pihak sekolah.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Air Kuching kerana telah menyumbangkan satu tangki air berserta kaki konkrit.

“Selain itu, kita juga memperoleh sumbangan dari Sarawak Energy Bhd, iaitu barangan berupa kipas dan lampu baharu di bilik darjah.

“Tidak lupa juga kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah membantu meratakan tempat letak kenderaan guru di SK Empila,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee, pada majlis penutupan program CSR Jabatan Audit Negara di Dewan Masyarakat Kampung Melayu Kota Samarahan, hari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Hii Chang Kee (tengah) bersama peserta di Program Kemasyarakatan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Kampung Melayu, Kota Samarahan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau percaya program tersebut mampu menyediakan suasana selesa dan kondusif, khususunya kepada warga sekolah dalam menjalankan aktiviti pembelajaran sepanjang hari.

“Kita memahami kepentingan suasana selesa dan kondusif dalam proses pembelajaran dan berharap dengan sedikit sumbangan ini akan meningkatkan lagi keselesaan warga sekolah yang terdiri daripada para pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang lain,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara, Patimah Ramuji, berkata program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan pelajar sekolah, iaitu dengan adanya penambahbaikan fasiliti sekolah yang terpilih.

Beliau dalam ucapannya yakin sumbangan menerusi program sedemikian mampu memberi impak dan kesan besar, terutamanya kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat kepada seluruh warga sekolah.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan penyerahan sebuah tangki air berserta kaki konkrit hasil sumbangan Lembaga Air Kuching kepada SK Kampung Melayu oleh Chang Kee sebagai wakil Mohamad Abu Bakar.

Turut berlangsung, penyerahan sumbangan oleh Jabatan Audit Negara iaitu alat pemadam api kepada semua sekolah terlibat, sumbangan anak pokok belian, pokok bunga dan 300 unit kerusi plastik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU